"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kumpulan pro-Palestin kecam kehadiran syarikat bekal senjata kepada Israel

FMT Reporters

Sekretariat Solidariti Palestin desak pembabitan beberapa syarikat pada pameran di KL dibatalkan.
PETALING JAYA: Gerakan pro-Palestin mengecam kehadiran beberapa syarikat pertahanan seperti Lockheed Martin pada pameran pertahanan dan keselamatan di ibu negara.

Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) turut menamakan MBDA (BAE Systems), Aim Point, Colt, L3Harris, Leupold, Shield AI, dan Leonardo kerana membekalkan senjata kepada Israel, yang terlibat dalam ‘genosid dan pembunuhan kejam rakyat Palestin’.

“Bagaimana Malaysia yang teguh bersolidariti dengan Palestin membenarkan syarikat-syarikat berkenaan masuk dan menayangkan senjata mereka, yang mereka bekalkan untuk membantu genosid yang sedang berlaku?” katanya dalam kenyataan.

SSP berkata pembabitan syarikat yang “menyumbang kepada genosid” harus dibatalkan segera.

Ia juga menggesa universiti-universiti yang menyertai pameran itu melakukan boikot jika syarikat-syarikat berkenaan tidak dikeluarkan.

Beberapa syarikat tersebut pernah menyediakan peralatan ketenteraan kepada Malaysia.

Pada Februari, radar pengawasan jarak jauh dibangunkan Lockheed Martin dilaporkan dipasang di Malaysia Timur, manakala BAE dan Leonardo, juga mempunyai hubungan yang lama dengan Angkatan Tentera Malaysia.

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2024, dijadual bermula 6 hingga 9 Mei.

Kelantan: Pengurus besar agensi kerajaan ditahan SPRM

Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Lelaki berusia 50-an itu ditahan selepas memberi keterangan di pejabat SPRM.

Difahamkan, penahanan lelaki itu dibuat susulan tangkapan membabitkan pegawai kanan agensi sama beberapa hari lalu, berkait tuntutan palsu.

"Ya, dia ditahan selepas diambil keterangan. Esok akan dibawa ke mahkamah untuk7 direman," kata sumber memberitahu Harian Metro.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan pengesahan daripada Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain sejak petang tadi sehingga malam ini gagal apabila panggilan tidak dijawab.

Remaja 'radikal, 16 tahun mati ditembak polis Australia

BHarianonline 
Polis Australia Barat menembak dan membunuh seorang remaja lelaki ‘radikal’ berusia 16 tahun yang mencederakan orang awam di Perth menggunakan pisau. - Foto AFP
Polis Australia Barat menembak dan membunuh seorang remaja lelaki ‘radikal’ berusia 16 tahun yang mencederakan orang awam di Perth menggunakan pisau. - Foto AFP
SYDNEY: Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau di sebuah tempat letak kereta dekat Perth, semalam.

Remaja itu meluru ke arah polis yang bertindak balas dengan menembaknya dua kali menggunakan senjata renjat 'taser' , sebelum melepaskan satu das tembakan maut.

Menurut Perdana Menteri Australia, Roger Cook, remaja itu menunjukkan tanda-tanda yang dia dipengaruhi dengan propaganda anasir radikal dalam talian.

"Bagaimanapun, saya memberi jaminan kepada masyarakat bahawa pada peringkat ini, bukti sedia ada menunjukkan dia nampaknya bertindak bersendirian," katanya.

Pesuruhjaya Polis Negeri, Kol Blanch, berkata pihaknya menerima panggilan lewat semalam daripada seorang lelaki yang memberi amaran dia akan melakukan tindakan ganas tanpa menyatakan nama atau lokasinya.

Dalam beberapa minit, pihaknya menerima satu lagi panggilan kecemasan memaklumkan seorang lelaki dengan pisau berlari mengelilingi tempat letak kereta di Wiletton dekat pinggir selatan Perth.

Berdasarkan rakaman kamera badan polis, remaja itu ingkar amaran pegawai polis yang mengarahkannya supaya meletakkan pisau.

Tambahnya, pegawai terlebih dahulu bertindak melepaskan tembakan menggunakan senjata renjat 'taser' ke arahnya tetapi tidak mempunyai kesan.

"Lelaki itu terus menghampiri pegawai ketiga yang bersenjata dan pegawai berkenaan melepaskan satu das tembakan menyebabkan remaja itu cedera.

"Remaja itu meninggal dunia di hospital pada lewat malam," katanya yang menambah remaja berkenaan dipercayai menggunakan sebilah pisau dapur berukuran 30 sentimeter (sm) yang diperoleh dari rumahnya sebagai senjata.

Mengenai mangsa yang ditikam, Blanch berkata ia membabitkan lelaki pertengahan umur yang kini berada dalam keadaan serius tetapi stabil.

Tambahnya, mangsa mungkin ditikam satu atau dua kali sehingga menusuk paru-paru.

Polis percaya remaja itu menghantar 'mesej berkaitan' kepada beberapa masyarakat Islam yang segera menghubungi polis, katanya tanpa memperincikan mesej itu.

Blanch turut mengesahkan bahawa remaja itu mengalami masalah mental dan dipengaruhi anasir radikal secara dalam talian. - AFP